12 June 2012

Tudung Fesyen atau Tuntutan ?



                                             
sumber pakcik google




Assalamualaikum ~


Alhamdulillah kini semakin ramai wanita yang menjaga aurat.



Pemakaian tudung penutup aurat sudah menjadi kemestian kepada setiap wanita sama ada pelajar hingga kepada pekerja di pejabat. Sifat itu patut dipuji kerana apabila wanita menjaga auratnya daripada pandangan lelaki bukan mahram, bukan saja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Bagi wanita yang sudah bersuami, pastinya maruah suaminya terus terpelihara.

Wanita bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan landasan syarak.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Kenapa? Walaupun mereka bertudung, masih lagi ada cacat dan celanya. Mungkin sedar atau tidak masih ada lagi yang menampakkan leher, dada, lengan dan sebagainya.

Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Ada juga yang memakai baju-T dan kemeja sendat, sehingga menampakkan susuk tubuh. Ini tidak termasuk yang berpimpin tangan, memeluk pasangan ketika membonceng motosikal dan pelbagai lagi ragam... walaupun bukan mahram. Mereka memakai tudung bukan kerana menutup aurat, tetapi seperti memenuhi tuntutan fesyen. 

Selain itu, pelbagai warna dan fesyen tudung turut direka untuk wanita Islam masa kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Kalau begini keadaannya, pasti si pemakainya bertudung hanya ingin kelihatan menarik.

Pada pandangan penulis pemakaian tudung seperti itu bukan bertujuan mengelakkan fitnah, sebaliknya wanita itu menambahkan fitnah. Kita perlu sedar, pakaian bagi seorang wanita mukmin itu bukan saja menutup aurat,, malah menutup maruahnya sebagai seorang wanita.

Jika wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, jadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tetapi pada masa sama masih ingin bergaya.

Jika beginilah hakikatnya, tudung yang kita pakai tentunya tidak membuahkan rasa kehambaan kita kepada Yang Maha Esa. Kita tidak berasa diri ini hina, banyak berdosa kepada Tuhan mahupun manusia. Kita tidak berasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Wassalam.



p/s :: satu peringatan untuk diri sendiri jugak. :)


sumber :: sini

No comments:

Copyright by Miss Misha Dreams a.k.a MMD